Sunday, November 16, 2014

Mother's Day Cake...... Istimewa untuk ibu yang tercinta

Salam..... entri kali ini Effa rasa sangat istimewa..., kerana Effa akan berkongsi kek yang Effa pernah buat untuk ibu yang tercinta sempena Hari Ibu pada bulan Mei yang lepas. Seperti pada tahun yang lepas, Effa juga membuat sendiri kek sempena Hari Ibu.... hanya baru hari ini Effa berpeluang berkongsi kepada anda semua, kerana Effa baru saja membuka blog baru yang khas untuk dunia baking dan fotografi.






Sempena Hari Ibu pada bulan Mei yang lepas, Effa telah membuat beberapa biji kek khas untuk ibu yang tercinta. Hari ini Effa berkongsi salah satu daripadanya.... di lain waktu In Shaa Allah Effa akan kongsikan juga kek-kek tersebut.








Kek ini merupakan kek butter ataupun kek mentega, dilapisi dengan krim blueberry, disaluti dengan buttercream dan akhirnya disaluti sepenuhnya oleh fondant. Effa memilih warna kuning lembut dan dihiasi dengan tekapan bunga-bunga ros kecil sebagai deko kek. Ibu  peminat setia kepada bunga-bunga dan  ibu banyak menanam sendiri bunga-bunga yang ada di sekeliling rumah. Menanam pokok-pokok bunga merupakan hobi ibu sejak kami adik beradik masih lagi kecil. Alhamdulillah, ibu masih bertenaga dan sihat melakukan aktiviti menanam pokok bunga dan hobi ibu berterusan sehingga ke hari ini. Pelbagai jenis pokok bunga ditanam di sekeliling rumah. Kami adik beradik begitu bertuah mempunyai ibu yang amat rajin..., walaupun seharian mengurus anak-anak, masih ada ruang untuk ibu melakukan hobi yang ibu minati.








Berbalik kepada kek tadi.. Effa menekap imej bunga ros kecil menggunakan "cutter" dari jenama "Patchwork Cutters" yang dipelopori oleh Marion Frost.

Setelah menekap bunga ros di sekeliling kek, Effa mewarnakan bunga-bunga ros tadi supaya ianya kelihatan timbul menggunakan warna khas dari koleksi "Sugarflair Colours". 

Bentuk kek ini agak istimewa, kerana ianya berbentuk bulat seperti sebuah topi. 



Beginilah hasilnya rupa bentuk kek topi yang Effa buat teristimewa untuk ibu yang tercinta sempena Hari Ibu yang lepas. Semoga ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

No comments:

Post a Comment