Wednesday, November 12, 2014

Salam...

Assalamualaikum dan salam damai buat semua...

Salam perkenalan dari saya Sharifah Thani untuk semua... dan untuk penulisan blog, saya akan menggunakan nama singkatan Effa .....Alhamdulillah... Setelah sekian lama keinginan untuk memiliki blog khas untuk berkongsi minat terutama dalam bidang fotografi, masakan dan baking akhirnya tercapai jua.  Sejujurnya... Effa amat meminati seni fotografi, memasak dan dunia baking... diharap dengan wujudnya blog ini akan dapat memeriahkan lagi dunia blogging terutama bagi mereka yang mempunyai minat yang sama dengan Effa.

......dan salah satu sebab mengapa blog ini diwujudkan adalah untuk anak-anak Effa yang semakin membesar dan meningkat remaja....semoga apa saja yang akan Effa kongsikan di sini akan menjadi panduan dan kenangan untuk mereka seandainya Effa tidak ada lagi di dunia ini.



Untuk entri yang pertama di dalam blog ini Effa akan kongsikan mengenai minuman yang menjadi kegemaran Effa sekeluarga. Minuman yang Effa maksudkan adalah Pink Lemonande. Resepi asal dan cara membuat Pink Lemonande ini Effa dapat daripada sebuah blog berbahasa Inggeris di http://www.simplyrecipes.com/recipes/old_fashioned_pink_lemonade/.



Old Fashioned Pink Lemonade Recipe

  • Yield: Serves 6.

Ingredients

  • 1 1/4 cup sugar (if using unsweetened cranberry juice, 1 cup if using sweetened)
  • 4 cups water (divided)
  • 1 cup cranberry juice
  • 1 cup lemon juice

Method

1 Make a "simple syrup" by heating sugar and 1 cup of the water in a small saucepan until the sugar is completely dissolved. Remove from heat.
2 Stir together the remaining water, cranberry juice, lemon juice and simple syrup. Make adjustments to taste. Chill for an hour, or add ice to cool.












Tetapi Effa telah mengubah suai sedikit bahan-bahannya.... untuk membuat Pink Lemonande, bahan yang perlu adalah buah Lemon..... Effa telah menggantikan jus cranberry kepada jus raspberry.... kerana buah raspberry mudah didapati berbanding buah cranberry. Fungsi utama jus buah raspberry ini adalah supaya air Pink Lemonande menjadi sedikit berwarna merah.

Minuman ini amat sesuai dihidangkan sejuk dengan meletakkan sedikit ais batu dan amat sesuai dihidangkan semasa cuaca panas. Rasa lemon yang  asam manis dengan paduan jus raspberry amat nyaman untuk dinikmati .... SELAMAT MENCUBA...

1 comment:

  1. The 7 Best Slots to Play on the Go - JTM Hub
    Looking to play slots 세종특별자치 출장안마 for free and play? You 포천 출장안마 can 서산 출장안마 search on 광명 출장샵 the slot search 나주 출장샵 menu to find more slot games and more. The game selection is

    ReplyDelete