Friday, March 20, 2015

Air Detox (Infused Water)


Khasiat Air Detox 




Air detox atau infused water merupakan campuran air putih dengan buah-buahan  seperti lemon, oren, epal hijau, nenas, pear, limau kasturi dan limau nipis. Manakala sayur-sayuran pula seperti timun, tomato, celery, salad dan lobak. Air yang telah dicampur dengan buah-buahan tadi hendaklah dibiarkan selama lebih kurang 5 ke 6 jam sebelum diminum.





Biasanya Effa akan menyediakan Air detox  pada waktu malam kerana air detox ini amat sesuai diminum pada waktu pagi. Penyediaan air detox juga amat mudah dibuat. Potong buah-buahan yang telah kita pilih dan masukkan ke dalam botol air dan biarkan semalaman di dalam peti ais. 




Air detox ini sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita kerana khasiat dari buah-buahan yang telah kita campurkan semalaman telah menjadi sebati.




Antara lain khasiat air detox adalah ianya dapat mengurangkan berat badan.... dan  air ini amat sesuai bagi mereka yang ingin berdiet. 





Selain itu khasiat yang akan kita dapat jika terus mengamalkan pengambilan air detox ini akan membantu untuk menambahkan metabolism badan dan mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi.





Jadi apa tunggu lagi.... jom lah mencuba air detox... walaupun rasanya masam namun kandungan vitamin dan khasiatnya sangat baik untuk kesihatan.... daripada kita minum minuman yang manis bergula seperti minuman berkarbonat yang mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi ... takut terkena kencing manis pula kan....
So, segeralah  mengamalkan air detox.... yang tentunya baik untuk kesihatan tubuh badan kita.




Thursday, March 19, 2015

"Knitting Cake" Untuk Hari Lahir Ibu Yang Ke 72 Tahun

Assalamualaikum...

Sempena hari lahir ibu yang ke 72 tahun pada 01.01.15 yang lepas, Effa telah membuat kek yang sangat istimewa buat ibu tersayang. Pada mulanya Effa agak bingung memikirkan apakah kek yang sesuai untuk ibu sempena hari lahir yang ke 72 tahun. Fikir punya fikir... akhirnya Effa terdetik nak membuat kek "knitting" ataupun kek anyaman yang dekonya nanti lebih kepada benang anyaman dan jarum anyaman. Ini adalah kerana selain daripada menanam bunga, ibu juga amat gemar menganyam. 

Kalau dulu, semasa Effa kecil, ibu selalu membuat topi dan baju panas (sweater) untuk Effa. Ibu juga banyak menganyam lapis meja dan hiasan lapis televisyen dalam pelbagai warna yang menarik. Sehingga ke hari ini, hobi menganyam ibu teruskan.... kali ini ibu menghasilkan baju panas dan topi-topi untuk cucu-cucu dan cicitnya pula. Alhamdulillah ibu masih dapat menyiapkan anyaman baju dan topi untuk cucu cicit tersayang. Semoga ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Aamin Ya Rabbal Alamiin....







Effa mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk mendeko kek anyaman (knitting) ibu. Banyak details yang perlu Effa siapkan... seperti benang anyaman, jarum anyaman, butang-butang kecil, benang halus dan juga jarum yang halus. Semua ini memerlukan kesabaran.... tapi demi ibu tercinta Effa sanggup lakukan apa saja.... I love you Ibu...




I


Kek ini merupakan kek buah.... disaluti sepenuhnya oleh fondant.... oleh kerana ibu tidak begitu gemar kek yang berkrim, jadi Effa tidak meletakkan sebarang krim di dalam kek.... Effa cuma meletakkan sedikit buttercream di lapisan atas dan sekeliling kek agar fondant mudah melekat di keseluruhan kek.









Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan details yang ada pada kek, namun Effa amat berpuas hati dengan hasil dari tangan Effa sendiri.... kerana sememangnya menyiapkan kek sebegini amat memerlukan kesabaran, kesungguhan dan ketelitian dalam menyiapkan setiap details ataupun hiasan yang ada di atas kek.












Apa yang lebih menggembirakan Effa, ibu amat gembira dan teruja menerima kek yang Effa siapkan istimewa buat ibu. Pada mulanya, ibu tidak menyangka apa yang Effa berikan kepada ibu merupakan kek. Ibu sangkakan Effa menghadiahkan ibu benang anyaman.... he he he lucu juga bila diingat.... 











Buat ibu tercinta ..... terima kasih kerana melahirkan Effa ke dunia ini dan mendidik kami adik beradik dengan penuh kasih sayang. Pengorbanan ibu dan ayah selama ini begitu besar dan tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Jasa ibu dan ayah akan tetap dikenang selagi nyawa dikandung badan....







Selamat Hari Lahir yang ke 72 tahun ibu.... WE LOVE YOU....

Monday, March 16, 2015

Resepi Ikan Ampap

Assalamualaikum....


Agak lama juga Effa tidak mengemaskini blog .... bukannya apa selain sibuk dengan kerja-kerja pejabat dan rumahtangga, Effa juga sibuk memenuhi tempahan kek dari rakan-rakan. Seperti yang telah Effa nyatakan sebelum ini yang Effa amat meminati  dunia baking, jadi dengan menerima tempahan membuat kek, maka secara tidak langsung ianya akan dapat meningkatkan kemahiran Effa didalam dunia baking.
Pada hari ini Effa nak kongsikan resepi ikan masak ampap yang merupakan masakan yang terkenal dikalangan suku kaum Bajau di negeri Sabah. Resepi yang Effa kongsikan ini merupakan resepi turun temurun yang Effa dapatkan dari ibu dan juga ibu mertua Effa. Cuma kali ini, Effa olahkan sedikit dengan menambahkan sedikit daun limau purut ke dalam masakan untuk mendapatkan aroma yang lebih menyelerakan.
Masakan ikan ampap ini merupakan lauk kegemaran suami Effa. Lauk ini juga merupakan lauk kegemaran anak lelaki Effa, abang Boboy. Maka dengan itu hampir setiap hari menu ini sentiasa ada disajikan di meja makan untuk santapan sekeluarga.







Oleh kerana lauk ikan ampap ini merupakan lauk kegemaran suami Effa, maka Effa namakan lauk ini "Ikan Ampap untuk Dia". bersempena dengan drama bersiri "Asam Pedas untuk Dia".  Didalam drama ini sedikit sebanyak mengisahkan seorang wanita yang telah berjaya memikat seorang lelaki hasil daripada air tangannya sendiri dengan memasak lauk asam pedas yang  akhirnya menjadi lauk kegemaran lelaki tersebut.  Akhirnya mereka bersatu menjadi suami isteri dek kerana masakan asam pedas si wanita. 






Benarlah kata pepatah, kalau nak memikat suami, kenalah ikat melalui perutnya ...
Jadi apa tunggu lagi... jom kita jenguk resepi ikan masak ampap versi ibu / ibu mertua Effa.


RESEPI IKAN MASAK AMPAP


1 . 500 gm ikan kayu (Oh ya..., selain ikan kayu, anda juga boleh menggunakan ikan selayang atau dalam bahasa Sabah dikenali sebagai ikan basung).

2.  Kunyit (Saiz ibu jari - sebanyak 4 - 5 batang) (ditumbuk halus)
3.  Cili Padi (10 ke 15 biji) (ditumbuk)
4.  5 biji bawang merah (ditumbuk)
5.  3 biji bawang putih (ditumbuk)
6.  5 keping daun limau purut (optional)
7.  Setengah cawan air asam jawa
8. Garam secukup rasa
9. Sedikit ajinomoto
10. Sedikit minyak masak

Cara Memasak:


1. Ikan disiang, dibersihkan dan ditoskan airnya.

2. Susun ikan yang telah dibersihkan ke dalam periuk
3. Campurkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk yang berisi ikan
4. Masukkan air ke dalam periuk - agak2 sehingga semua ikan terendam di dalam air.
5. Masukkan garam dan sedikit ajinomoto
6. Rebus ikan menggunakan api yang sederhana.
7. Apabila air di dalam periuk mendidih, tambahkan air asam jawa
8. Selepas beberapa minit, perlahankan api dan masukkan beberapa keping daun limau purut (kalau tak nak letak pun tak apa)
9. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk (Perlahankan api)
10. Setelah minyak bercampur, bolehlah dimatikan api periuk.
11. Ikan masak ampap sedia untuk dihidangkan (Tambahkan sedikit limau purut untuk aroma dan sebagai hiasan)








Mudah bukan...... Selain sesuai dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi, ikan ampap juga sesuai dimakan bersama ambuyat (Sagu dari pokok rumbia). Ambuyat adalah sejenis makanan tradisi suku kaum Berunai di Sabah. 




Selamat mencuba....

Friday, November 21, 2014

Kek "Snowy Cheese" .... untuk Fatten

Assalamualaikum...

Seperti kelmarin, hari ini Effa nak kongsikan kek kedua yang Effa sediakan sempena birthday Kak Fatten yang ke 15 tahun. Kali ini kek "Snowy Cheese" untuk Kak Fatten jamu kawan-kawannya di sekolah.









Kek ini dekonya agak simple... Effa cuma menggunakan bunga-bunga ros kecil dari gumpaste dan sedikit fondant untuk tulisan. Kek ni bersaiz 7" dan Effa sempat juga membuat versi pek individu di dalam bekas aluminium untuk K. Fatten jamu rakan-rakan sekolahnya.












Sekali lagi "Happy  Birthday" untuk Kak Teen.... Mama loves you so much....

Thursday, November 20, 2014

"Birthday Cake" untuk kakak Fatten...

Assalamualaikum....

Kali ini Effa nak kongsikan kek birthday untuk anak sulung Effa, Fatten Qistenna. Kek ini Effa buat khas untuk kakak Fatten di hari ulang tahunnya yang ke 15 tahun pada 29 April 2014 yang lepas. Sempena birthday Kakak Fatten pada kali ini..., Effa telah membuat sendiri lima biji kek untuk Kak Fatten. Ini adalah kerana pada tahun ini merupakan tahun yang istimewa untuk kak Fatten kerana pada tahun ini kak Fatten akan menghadapi peperiksaan penting iaitu PT3. Kak Fatten merupakan batch yang pertama yang akan menduduki PT3, kalau dulu pelajar tingkatan 3 menduduki PMR... tetapi bermula pada tahun ini, PMR digantikan kepada PT3. 






Effa sengaja membuat 4 biji kek untuk K. Fatten sebagai motivasi untuknya agar berusaha  bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang didalam PT3.






Kek yang pertama merupakan kek "butter" yang bertemakan "Usaha Tangga Kejayaan". Effa membuat figurine K. Fatten yang sedang belajar di dalam sebuah khemah. Effa sering mengingatkan K. Fatten, di mana pun jua berada buku pelajaran jangan sekali-kali dilupakan.








Kek ini mempunyai dua lapisan dan dilapisi oleh buttercream dan disaluti fondant. Effa meletakkan bunga-bunga kecil di sekeliling kek agar nampak lebih menarik.









In Shaa Allah dilain waktu Effa akan kongsikan tiga biji kek yang Effa sediakan sempena birthday K. Fatten pada tahun ini. Semoga kakak akan menjadi anak yang solehah & taat kepada ibu bapa, berjaya dalam hidup dan menjadi contoh kepada adik-adik. Aamiin

Wednesday, November 19, 2014

Abang Boboy & Kakak Cipluk @ Borneo Paradise Resort, Kinarut Papar

Assalamualaikum...,

Tinggal beberapa hari lagi cuti akhir tahun persekolahan akan bermula. Ibu bapa di luar sana tentu ada yang telah membuat perancangan untuk bercuti bersama keluarga di tempat-tempat menarik samada di dalam negara ataupun di luar negara.

Entri kali ini Effa nak kongsikan gambar-gambar anak-anak iaitu Abang Boboy (MUHD. RIZQIN KHAIRISH) dan Kakak Cipluk (KHAYRA RAYHANNA) semasa bercuti singkat pada bulan Jun yang lepas di salah sebuah pusat peranginan Borneo Paradise Hotel Resort (BPHR) yang terletak di Kinarut Papar, Sabah.





Sewa untuk penginapan juga agak berpatutan, kira-kira RM 160.00 semalam untuk satu bilik,(termasuk sarapan pagi untuk 2 orang dewasa) dan bagi government servant bolehlah request untuk diskaun dengan syarat membawa kad pekerja semasa mendaftar masuk. Borneo Paradise Resort mempunyai pantai yang indah dan jika keluarga ramai bolehlah berekreasi seperti bermain bola tampar dan sebagainya.... dan yang paling menyeronokkan boleh melihat "sunset" pada waktu petang.









Selain itu resort ini juga mempunyai kolam renang dibuka kepada pengunjung bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Terdapat juga pondok yang diperbuat daripada atap rumbia tertulis "Sekolah Atap" yang agak unik. Di sebelah "Sekolah Atap" juga terdapat tasik yang ditumbuhi oleh bunga teratai atau lotus. Selain itu, di sekeliling resort terdapat bangku panjang yang dibuat daripada bambu yang disediakan oleh pihak resort untuk para pengunjung untuk duduk berehat dan bersantai.





















Jadi apa tunggu lagi.... jika inginkan sedikit kedamaian bolehlah bercuti bersama keluarga di sini... bagi yang inginkan ketenangan bolehlah berkunjung ke Borneo Paradise Hotel Resort (BPHR) kerana ianya jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota. Selamat bercuti kepada anak-anak yang tidak lama lagi akan bercuti panjang sempena cuti akhir persekolahan.

Tuesday, November 18, 2014

Roti Sarang Lebah yang lembut dan gebu.... dengan limpahan sos Butterscotch yang enak...

Assalamualaikum...

                         Akhirnya hasrat untuk membuat sendiri roti sarang lebah yang tengah trending di media sosial sekarang ini... tercapai jua... walaupun agak ketinggalan sedikit, namun Effa tetap berpuas hati kerana roti yang dihasilkan lembut dan gebu... Syukur alhamdulillah. Ini adalah hasilnya..... ta da....










Pada mulanya roti sarang lebah ini dipopularkan oleh pemilik akaun FB bernama Lydia... dan bermula dari saat itu, resepi ini menjadi fenomena di laman maya... Terima kasih Cik Lydia.





























RESEPI ROTI SARANG LEBAH.

Sumber : Lydia Honey 

BAHAN UNTUK DOH ROTI

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½  sudu teh dry yeast
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
  • ¼ cawan minyak sun flower
  • ½  cawan air suam 
  • Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)


CARA PENYEDIAAN:

  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
  6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  10. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13. Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:-

  • Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
  • No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  • Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
  • JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  • Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

  • ½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
  • ½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
  • Sedikit garam
  • ½ st  vanilla essence
  • 25g butter

Cara Penyediaan

  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


Peringatan:

  1. Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
  2. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .