Kali ini Effa nak kongsikan kek birthday untuk anak sulung Effa, Fatten Qistenna. Kek ini Effa buat khas untuk kakak Fatten di hari ulang tahunnya yang ke 15 tahun pada 29 April 2014 yang lepas. Sempena birthday Kakak Fatten pada kali ini..., Effa telah membuat sendiri lima biji kek untuk Kak Fatten. Ini adalah kerana pada tahun ini merupakan tahun yang istimewa untuk kak Fatten kerana pada tahun ini kak Fatten akan menghadapi peperiksaan penting iaitu PT3. Kak Fatten merupakan batch yang pertama yang akan menduduki PT3, kalau dulu pelajar tingkatan 3 menduduki PMR... tetapi bermula pada tahun ini, PMR digantikan kepada PT3.
Effa sengaja membuat 4 biji kek untuk K. Fatten sebagai motivasi untuknya agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang didalam PT3.
Kek yang pertama merupakan kek "butter" yang bertemakan "Usaha Tangga Kejayaan". Effa membuat figurine K. Fatten yang sedang belajar di dalam sebuah khemah. Effa sering mengingatkan K. Fatten, di mana pun jua berada buku pelajaran jangan sekali-kali dilupakan.
Kek ini mempunyai dua lapisan dan dilapisi oleh buttercream dan disaluti fondant. Effa meletakkan bunga-bunga kecil di sekeliling kek agar nampak lebih menarik.
In Shaa Allah dilain waktu Effa akan kongsikan tiga biji kek yang Effa sediakan sempena birthday K. Fatten pada tahun ini. Semoga kakak akan menjadi anak yang solehah & taat kepada ibu bapa, berjaya dalam hidup dan menjadi contoh kepada adik-adik. Aamiin
No comments:
Post a Comment