Wednesday, November 19, 2014

Abang Boboy & Kakak Cipluk @ Borneo Paradise Resort, Kinarut Papar

Assalamualaikum...,

Tinggal beberapa hari lagi cuti akhir tahun persekolahan akan bermula. Ibu bapa di luar sana tentu ada yang telah membuat perancangan untuk bercuti bersama keluarga di tempat-tempat menarik samada di dalam negara ataupun di luar negara.

Entri kali ini Effa nak kongsikan gambar-gambar anak-anak iaitu Abang Boboy (MUHD. RIZQIN KHAIRISH) dan Kakak Cipluk (KHAYRA RAYHANNA) semasa bercuti singkat pada bulan Jun yang lepas di salah sebuah pusat peranginan Borneo Paradise Hotel Resort (BPHR) yang terletak di Kinarut Papar, Sabah.





Sewa untuk penginapan juga agak berpatutan, kira-kira RM 160.00 semalam untuk satu bilik,(termasuk sarapan pagi untuk 2 orang dewasa) dan bagi government servant bolehlah request untuk diskaun dengan syarat membawa kad pekerja semasa mendaftar masuk. Borneo Paradise Resort mempunyai pantai yang indah dan jika keluarga ramai bolehlah berekreasi seperti bermain bola tampar dan sebagainya.... dan yang paling menyeronokkan boleh melihat "sunset" pada waktu petang.









Selain itu resort ini juga mempunyai kolam renang dibuka kepada pengunjung bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Terdapat juga pondok yang diperbuat daripada atap rumbia tertulis "Sekolah Atap" yang agak unik. Di sebelah "Sekolah Atap" juga terdapat tasik yang ditumbuhi oleh bunga teratai atau lotus. Selain itu, di sekeliling resort terdapat bangku panjang yang dibuat daripada bambu yang disediakan oleh pihak resort untuk para pengunjung untuk duduk berehat dan bersantai.





















Jadi apa tunggu lagi.... jika inginkan sedikit kedamaian bolehlah bercuti bersama keluarga di sini... bagi yang inginkan ketenangan bolehlah berkunjung ke Borneo Paradise Hotel Resort (BPHR) kerana ianya jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota. Selamat bercuti kepada anak-anak yang tidak lama lagi akan bercuti panjang sempena cuti akhir persekolahan.

No comments:

Post a Comment