Khasiat Air Detox
Air detox atau infused water merupakan campuran air putih dengan buah-buahan seperti lemon, oren, epal hijau, nenas, pear, limau kasturi dan limau nipis. Manakala sayur-sayuran pula seperti timun, tomato, celery, salad dan lobak. Air yang telah dicampur dengan buah-buahan tadi hendaklah dibiarkan selama lebih kurang 5 ke 6 jam sebelum diminum.
Biasanya Effa akan menyediakan Air detox pada waktu malam kerana air detox ini amat sesuai diminum pada waktu pagi. Penyediaan air detox juga amat mudah dibuat. Potong buah-buahan yang telah kita pilih dan masukkan ke dalam botol air dan biarkan semalaman di dalam peti ais.
Air detox ini sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita kerana khasiat dari buah-buahan yang telah kita campurkan semalaman telah menjadi sebati.
Antara lain khasiat air detox adalah ianya dapat mengurangkan berat badan.... dan air ini amat sesuai bagi mereka yang ingin berdiet.
Selain itu khasiat yang akan kita dapat jika terus mengamalkan pengambilan air detox ini akan membantu untuk menambahkan metabolism badan dan mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi.
Jadi apa tunggu lagi.... jom lah mencuba air detox... walaupun rasanya masam namun kandungan vitamin dan khasiatnya sangat baik untuk kesihatan.... daripada kita minum minuman yang manis bergula seperti minuman berkarbonat yang mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi ... takut terkena kencing manis pula kan....
So, segeralah mengamalkan air detox.... yang tentunya baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
No comments:
Post a Comment