Thursday, November 13, 2014

Jeruk Mempelam / Mangga Asam Boi

Assalamualaikum....

Hari ini Effa nak kongsikan  makanan yang sekarang tengah menjadi fenomena di laman sosial.... iaitu JERUK MEMPELAM ASAM BOI... ataupun Jeruk Mangga Asam Boi.. semenjak dua menjak ni... Jeruk Mempelam Asam Boi telah menjadi viral di dunia maya dan ada juga  yang menjadikan Jeruk Mempelam Asam Boi sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan keluarga dengan berniaga secara online. 










Bahan-bahan untuk membuat jeruk mempelam asam boi agak senang didapati dan cara membuatnya pun agak mudah dan ringkas. Malah anak-anak pun boleh membuat sendiri di rumah. Anak Effa yang sulung kakak Fatten pun sangat gemar dengan jeruk mempelam asam boi..... dan jika teringin nak makan kakak Fatten akan menyediakannya sendiri.... walaupun pada ketika ini bukanlah musim buah mempelam/mangga namun hasrat untuk membuat sendiri jeruk mempelam asam boi tetap diteruskan.





Bahan-bahan yang Effa gunakan untuk membuat jeruk mempelam asam boi adalah seperti berikut:-

- 5 biji buah mempelam/mangga - dibuang kulit dan dihiris memanjang
- Beberapa biji lada yang dicincang (Kalau nak pedas bolehlah diletak banyak)
-Garam secukup rasa
-Sedikit gula
-Asam Boi secukupnya











Cara-cara membuatnya:-

1. Buah mempelam yang telah siap dihiris dan dibersihkan, hendaklah ditoskan airnya. 

2. Gaulkan mempelam dengan garam dan gula secukup rasa.

3. Gaulkan lagi dengan lada yang telah dicincang tadi.

4. Selepas itu, gaulkan dengan asam boi.

5. Kemudian letakkan ke dalam peti ais, selama 30 minit.

6. Jeruk mempelam asam boi sedia untuk dihidangkan. 

p/s - Tidak perlu tambahkan air... kerana bila semua bahan telah sebati dan kita masukkan ke peti ais, dengan sendirinya jeruk akan berair....









Hidangan ini amat sesuai dimakan ketika sejuk.... rasa mempelam yang amat rapuh amat sedap dimakan. Bukan saja perempuan mengandung saja yang suka makan jeruk mempelam asam boi.., malah ianya juga turut digemari oleh kaum Adam. Begitulah penangan Jeruk Mempelam Asam Boi.


No comments:

Post a Comment