Friday, November 14, 2014

Kek Pelangi

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua..... bersyukur atas segala kurniaanNya .... Semoga Allah S.W.T sentiasa mengampuni dan merahmati kita selalu dan berada didalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa ceria..... seceria warna pelangi....






Entri kali ini Effa nak kongsikan resepi kek pelangi yang sedap dan gebu. Kek Pelangi merupakan kek nostalgia... kerana ianya mengingatkan Effa kepada zaman kanak-kanak, dimana setiap kali mengadakan kesyukuran, ibu Effa tidak lupa untuk membuat kek pelangi untuk dihidangkan semasa majlis kesyukuran.










Resepi Kek Pelangi

-200 gm tepung naik sendiri
-125 gm butter
-100 gm gula kastor
- 4 biji telur gred C
- 1 sudu kecil perisa Vanilla
- 1/2 cawan susu segar
- Sedikit pewarna merah jambu, hijau epal dan kuning







Cara-cara

- Masukkan gula dan butter ke dalam mixer dengan kelajuan sederhana, sehingga sebati.
- Masukkan telur ke dalam adunan dan putar mixer sehingga adunan sebati dan bertukar warna krim.
-Masukkan esen vanilla dan putar mixer sehingga sebati.
- Masukkan tepung naik sendiri dan susu segar ke dalam adunan dan gaul menggunakan spatula.
-Bahagikan adunan samarata kepada 3 warna....merah jambu, hijau dan kuning.
-Masukkan ketiga-tiga adunan tadi ke dalam loyang bulat bersaiz 8" didahului dengan warna merah jambu, kemudian warna kuning di atas adunan merah jambu dan diikuti dengan hijau di atas adunan kuning.... begitulah seterusnya sehingga ketiga-tiga adunan tadi habis.
-Untuk membuat corak pelangi, ambil hujung sudu dan buat lakaran zig zag ke dalam adunan tadi.
-Bolehlah dibakar menggunakan api bawah sahaja dengan suhu 180cc selama 40 minit.











Setelah kek masak, bolehlah dipotong dan dihidangkan bersama kopi atau teh panas..... Mmmmm sudah pasti rasanya enak dan sedap dimakan......  lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama orang yang tersayang...






No comments:

Post a Comment