Kek Cawan Bunga sempena Hari Ibu
Assalamualaikum...., entri kali ini juga ada kaitan dengan entri sebelum ini.... iaitu mengenai kek yang Effa sediakan untuk ibu tercinta sempena Hari Ibu. Kali ini Effa nak kongsi cupcakes bunga yang Effa buat khas untuk ibu, kerana seperti yang pernah Effa ceritakan sebelum ini... dimana ibu Effa minat sangat dengan bunga. Jadi, untuk menggembirakan hati ibu di hari yang istimewa ini Effa menyediakan beberapa biji cupcakes bunga istimewa untuk ibu tercinta.
Effa sangat gembira melihat ibu begitu teruja menerima cupcakes bunga yang Fah sediakan sendiri.
Sebenarnya Effa tidaklah begitu mahir dalam membuat bunga menggunakan buttercream.... tetapi Effa sangat berpuas hati dan gembira kerana dapat menghasilkan sendiri cupcakes bunga untuk ibu sempena hari yang sangat istimewa untuk kaum ibu..... "Mak, I love you unconditionally"
No comments:
Post a Comment