Assalamualaikum...
Seperti kelmarin, hari ini Effa nak kongsikan kek kedua yang Effa sediakan sempena birthday Kak Fatten yang ke 15 tahun. Kali ini kek "Snowy Cheese" untuk Kak Fatten jamu kawan-kawannya di sekolah.
Kek ini dekonya agak simple... Effa cuma menggunakan bunga-bunga ros kecil dari gumpaste dan sedikit fondant untuk tulisan. Kek ni bersaiz 7" dan Effa sempat juga membuat versi pek individu di dalam bekas aluminium untuk K. Fatten jamu rakan-rakan sekolahnya.
Sekali lagi "Happy Birthday" untuk Kak Teen.... Mama loves you so much....
Friday, November 21, 2014
Thursday, November 20, 2014
"Birthday Cake" untuk kakak Fatten...
Assalamualaikum....
Effa sengaja membuat 4 biji kek untuk K. Fatten sebagai motivasi untuknya agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang didalam PT3.
Kek yang pertama merupakan kek "butter" yang bertemakan "Usaha Tangga Kejayaan". Effa membuat figurine K. Fatten yang sedang belajar di dalam sebuah khemah. Effa sering mengingatkan K. Fatten, di mana pun jua berada buku pelajaran jangan sekali-kali dilupakan.
Kek ini mempunyai dua lapisan dan dilapisi oleh buttercream dan disaluti fondant. Effa meletakkan bunga-bunga kecil di sekeliling kek agar nampak lebih menarik.
In Shaa Allah dilain waktu Effa akan kongsikan tiga biji kek yang Effa sediakan sempena birthday K. Fatten pada tahun ini. Semoga kakak akan menjadi anak yang solehah & taat kepada ibu bapa, berjaya dalam hidup dan menjadi contoh kepada adik-adik. Aamiin
Kali ini Effa nak kongsikan kek birthday untuk anak sulung Effa, Fatten Qistenna. Kek ini Effa buat khas untuk kakak Fatten di hari ulang tahunnya yang ke 15 tahun pada 29 April 2014 yang lepas. Sempena birthday Kakak Fatten pada kali ini..., Effa telah membuat sendiri lima biji kek untuk Kak Fatten. Ini adalah kerana pada tahun ini merupakan tahun yang istimewa untuk kak Fatten kerana pada tahun ini kak Fatten akan menghadapi peperiksaan penting iaitu PT3. Kak Fatten merupakan batch yang pertama yang akan menduduki PT3, kalau dulu pelajar tingkatan 3 menduduki PMR... tetapi bermula pada tahun ini, PMR digantikan kepada PT3.
Effa sengaja membuat 4 biji kek untuk K. Fatten sebagai motivasi untuknya agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang didalam PT3.
Kek yang pertama merupakan kek "butter" yang bertemakan "Usaha Tangga Kejayaan". Effa membuat figurine K. Fatten yang sedang belajar di dalam sebuah khemah. Effa sering mengingatkan K. Fatten, di mana pun jua berada buku pelajaran jangan sekali-kali dilupakan.
Kek ini mempunyai dua lapisan dan dilapisi oleh buttercream dan disaluti fondant. Effa meletakkan bunga-bunga kecil di sekeliling kek agar nampak lebih menarik.
In Shaa Allah dilain waktu Effa akan kongsikan tiga biji kek yang Effa sediakan sempena birthday K. Fatten pada tahun ini. Semoga kakak akan menjadi anak yang solehah & taat kepada ibu bapa, berjaya dalam hidup dan menjadi contoh kepada adik-adik. Aamiin
Wednesday, November 19, 2014
Abang Boboy & Kakak Cipluk @ Borneo Paradise Resort, Kinarut Papar
Assalamualaikum...,
Tinggal beberapa hari lagi cuti akhir tahun persekolahan akan bermula. Ibu bapa di luar sana tentu ada yang telah membuat perancangan untuk bercuti bersama keluarga di tempat-tempat menarik samada di dalam negara ataupun di luar negara.
Entri kali ini Effa nak kongsikan gambar-gambar anak-anak iaitu Abang Boboy (MUHD. RIZQIN KHAIRISH) dan Kakak Cipluk (KHAYRA RAYHANNA) semasa bercuti singkat pada bulan Jun yang lepas di salah sebuah pusat peranginan Borneo Paradise Hotel Resort (BPHR) yang terletak di Kinarut Papar, Sabah.
Sewa untuk penginapan juga agak berpatutan, kira-kira RM 160.00 semalam untuk satu bilik,(termasuk sarapan pagi untuk 2 orang dewasa) dan bagi government servant bolehlah request untuk diskaun dengan syarat membawa kad pekerja semasa mendaftar masuk. Borneo Paradise Resort mempunyai pantai yang indah dan jika keluarga ramai bolehlah berekreasi seperti bermain bola tampar dan sebagainya.... dan yang paling menyeronokkan boleh melihat "sunset" pada waktu petang.
Selain itu resort ini juga mempunyai kolam renang dibuka kepada pengunjung bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Terdapat juga pondok yang diperbuat daripada atap rumbia tertulis "Sekolah Atap" yang agak unik. Di sebelah "Sekolah Atap" juga terdapat tasik yang ditumbuhi oleh bunga teratai atau lotus. Selain itu, di sekeliling resort terdapat bangku panjang yang dibuat daripada bambu yang disediakan oleh pihak resort untuk para pengunjung untuk duduk berehat dan bersantai.
Jadi apa tunggu lagi.... jika inginkan sedikit kedamaian bolehlah bercuti bersama keluarga di sini... bagi yang inginkan ketenangan bolehlah berkunjung ke Borneo Paradise Hotel Resort (BPHR) kerana ianya jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota. Selamat bercuti kepada anak-anak yang tidak lama lagi akan bercuti panjang sempena cuti akhir persekolahan.

Tuesday, November 18, 2014
Roti Sarang Lebah yang lembut dan gebu.... dengan limpahan sos Butterscotch yang enak...
Assalamualaikum...
Akhirnya hasrat untuk membuat sendiri roti sarang lebah yang tengah trending di media sosial sekarang ini... tercapai jua... walaupun agak ketinggalan sedikit, namun Effa tetap berpuas hati kerana roti yang dihasilkan lembut dan gebu... Syukur alhamdulillah. Ini adalah hasilnya..... ta da....
Pada mulanya roti sarang lebah ini dipopularkan oleh pemilik akaun FB bernama Lydia... dan bermula dari saat itu, resepi ini menjadi fenomena di laman maya... Terima kasih Cik Lydia.
BAHAN UNTUK DOH ROTI
CARA PENYEDIAAN:
NOTE:-
RESEPI BUTTERSCOTCH SOS
Bahan-Bahan:
Cara Penyediaan
Peringatan:

RESEPI ROTI SARANG LEBAH.
Sumber : Lydia Honey
BAHAN UNTUK DOH ROTI
- 2 cawan tepung gandum
- ½ sudu teh dry yeast
- ¼ sudu teh garam
- ½ sudu teh baking powder
- 1 sudu besar gula pasir
- ¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
- ¼ cawan minyak sun flower
- ½ cawan air suam
- Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)
CARA PENYEDIAAN:
- Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
- Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
- Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
- Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
- Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
- Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
- Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
- Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
- Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
- Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
- Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
- Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:-
- Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
- No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
- Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
- JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
- Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
RESEPI BUTTERSCOTCH SOS
Bahan-Bahan:
- ½ cawan brown sugar bukan gula merah ok
- ½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
- Sedikit garam
- ½ st vanilla essence
- 25g butter
Cara Penyediaan
- Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
- Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
- Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
Peringatan:
- Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
- Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Monday, November 17, 2014
Kek Cawan Bunga sempena Hari Ibu
Assalamualaikum...., entri kali ini juga ada kaitan dengan entri sebelum ini.... iaitu mengenai kek yang Effa sediakan untuk ibu tercinta sempena Hari Ibu. Kali ini Effa nak kongsi cupcakes bunga yang Effa buat khas untuk ibu, kerana seperti yang pernah Effa ceritakan sebelum ini... dimana ibu Effa minat sangat dengan bunga. Jadi, untuk menggembirakan hati ibu di hari yang istimewa ini Effa menyediakan beberapa biji cupcakes bunga istimewa untuk ibu tercinta.
Effa sangat gembira melihat ibu begitu teruja menerima cupcakes bunga yang Fah sediakan sendiri.
Sebenarnya Effa tidaklah begitu mahir dalam membuat bunga menggunakan buttercream.... tetapi Effa sangat berpuas hati dan gembira kerana dapat menghasilkan sendiri cupcakes bunga untuk ibu sempena hari yang sangat istimewa untuk kaum ibu..... "Mak, I love you unconditionally"

Sunday, November 16, 2014
Mother's Day Cake...... Istimewa untuk ibu yang tercinta
Salam..... entri kali ini Effa rasa sangat istimewa..., kerana Effa akan berkongsi kek yang Effa pernah buat untuk ibu yang tercinta sempena Hari Ibu pada bulan Mei yang lepas. Seperti pada tahun yang lepas, Effa juga membuat sendiri kek sempena Hari Ibu.... hanya baru hari ini Effa berpeluang berkongsi kepada anda semua, kerana Effa baru saja membuka blog baru yang khas untuk dunia baking dan fotografi.
Sempena Hari Ibu pada bulan Mei yang lepas, Effa telah membuat beberapa biji kek khas untuk ibu yang tercinta. Hari ini Effa berkongsi salah satu daripadanya.... di lain waktu In Shaa Allah Effa akan kongsikan juga kek-kek tersebut.
Kek ini merupakan kek butter ataupun kek mentega, dilapisi dengan krim blueberry, disaluti dengan buttercream dan akhirnya disaluti sepenuhnya oleh fondant. Effa memilih warna kuning lembut dan dihiasi dengan tekapan bunga-bunga ros kecil sebagai deko kek. Ibu peminat setia kepada bunga-bunga dan ibu banyak menanam sendiri bunga-bunga yang ada di sekeliling rumah. Menanam pokok-pokok bunga merupakan hobi ibu sejak kami adik beradik masih lagi kecil. Alhamdulillah, ibu masih bertenaga dan sihat melakukan aktiviti menanam pokok bunga dan hobi ibu berterusan sehingga ke hari ini. Pelbagai jenis pokok bunga ditanam di sekeliling rumah. Kami adik beradik begitu bertuah mempunyai ibu yang amat rajin..., walaupun seharian mengurus anak-anak, masih ada ruang untuk ibu melakukan hobi yang ibu minati.
Berbalik kepada kek tadi.. Effa menekap imej bunga ros kecil menggunakan "cutter" dari jenama "Patchwork Cutters" yang dipelopori oleh Marion Frost.
Setelah menekap bunga ros di sekeliling kek, Effa mewarnakan bunga-bunga ros tadi supaya ianya kelihatan timbul menggunakan warna khas dari koleksi "Sugarflair Colours".
Bentuk kek ini agak istimewa, kerana ianya berbentuk bulat seperti sebuah topi.
Beginilah hasilnya rupa bentuk kek topi yang Effa buat teristimewa untuk ibu yang tercinta sempena Hari Ibu yang lepas. Semoga ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Saturday, November 15, 2014
Frozen lagi.... Presenting kakak Cipluk as Princess Anna
Assalamualaikum.....
Hari ini Effa nak share gambar-gambar kakak Cipluk atau nama sebenarnya KHAYRA RAYHANNA (Anak Kelima) Effa menggayakan baju Princess Anna dari filem Frozen tu.... Begitu besar pengaruh Filem Frozen kepada kanak-kanak pada ketika ini.... bermula dari fesyen baju, kasut, beg, topi dan sebagainya.... juga tak kurang juga anak-anak yang inginkan sambutan birthday bertemakan filem Frozen... dari kek, setting sehinggalah pakaian.... Karekter-karekter yang popular adalah Princess Elsa, Princess Anna dan juga Olaff.
Kakak Cipluk juga peminat Princess Elsa dalam Filem Animasi Frozen. DVD filem Frozen berulang kali dimainkan dan tak pernah jemu-jemu.Selain dress Princess Anna, Kakak Cipluk juga mempunyai sehelai dress Princess Elsa...
Begitulah besarnya pengaruh Filem Frozen kepada kanak-kanak....
Biarkan saja anak-anak gembira dengan dunia fantasi mereka..... Semoga kakak Cipluk atau nama sebenarnya KHAYRA RAYHANNA akan menjadi anak yang solehah dan dapat membanggakan mama dan papa... Aamin Ya Rabbal Alamiin..

Subscribe to:
Posts (Atom)